DESIGN LOGO NGO MEDIA PRIHATIN MALAYSIA

Dua hari lepas, kami telah mendapat mesej, meminta kami untuk menghasilkan design logo untuk NGO yang baru ditubuhkan – Media Prihatin Malaysia.

Seperti biasa, perkara pertama yang kami lakukan adalah mendapatkan maklumat berkenaan pelanggan dan apa yang mereka inginkan dalam logo yang akan dihasilkan.

Mesej mereka – warna yang diinginkan ialah hijau dan merah.

Photoshop dan Illustrator

Kami kemudiannya telah mengambil masa satu hari untuk membuat sedikit ‘studi’ dan mendapatkan idea. Kemudian, kami terus bekerja menghasilkan empat proposal design logo berkenaan.

Mengapa dua software?

Kerja-kerja melukis logo dibuat menggunakan Illustrator manakala untuk persembahan logo (mockup), Photoshop adalah software paling sesuai.

Daripada keempat-empat design yang dikemukan kepada pelanggan, akhirnya logo di bawah telah dipilih atas kapasitinya yang ‘agak simple’ – kata mereka.

Ya… motif logo ini hanyalah dua huruf iaitu M (untuk Media) dan P (Prihatin) manakala penggunaan warna pula adalah mengikut kehendak mereka.

Untuk mockup pula, kami cuba mencari mockup yang sesuai (kru berpakaian vest – imej biasa petugas media), walaubagaimanapun kami tidak bertemu dengan mockup yang sesuai.

Mockup buatan sendiri!

Jadi, mau tak mau, terpaksalah kami ‘bekerja keras’ memanipulasikan gambar sedia ada untuk dijadikan mockup untuk dipersembahkan kepada pelanggan bagi membantu mereka memahami bagaimana rupa logo berkenaan dalam situasi ‘sebenar’.

Oklah, sampai bersua lagi.