LOGO DAN POSTER SIMREG

Minggu ni kami telah mendapat projek design daripada satu entiti penyelidikan di bawah UHTM yang diberi nama SIMReG – Structural Integrity and Monitoring Research Group.

01. Design Poster

Kami telah diminta menghasilkan satu design poster untuk aktiviti mereka berdasarkan kepada maklumat yang diberi. Alhamdulillah, kerja-kerja menyiapkan poster berkenaan agak mudah kerana mendapat kerjasama baik daripada pihak SIMReG.

Hanya 2 jam diperlukan untuk menyiapkan poster ini.

02. Menyediakan Logo Hi-Res

Selain poster, kami juga telah diberikan tanggungjawab menyediakan satu format beresolusi tinggi logo SIMReG memandangkan pihak mereka tidak memiliki fail logo dalam resolusi tersebut.

Untuk itu, kami telah melukis kembali logo berkenaan menggunakan Adobe Illustrator.

Oklah, sampai bertemu lagi. Salam ramadhsn, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua Muslimin dan Muslimat.