PROJEK BARU DALAM FASA PKP

Lebih kurang jam 4 petang semalam, kami mendapat satu mesej Whatsapp bertanyakan tentang perkhidmatan design yang kami tawarkan. Si pelanggan rupanya bercadang untuk promosikan perniagaannya dengan lebih berkesan menggunakan poster maya.

Setelah berbincang dengan beliau tentang butiran projek dan perniagaannya, akhirnya kerja-kerja design pun kami mulakan pagi tadi. Hakikatnya, lama sungguh kami tak dapat projek daripada pelanggan sejak bermulanya PKP ni.

Asalnya kami kemukakan satu design yang agak ‘outstanding’ kepada si pelanggan, namun katanya dia nakkan satu design yang simple.

Proposal design asal kami

Jadi kami pun buatkannya satu design yang lebih simple – seperti yang dikehendaki. Part ni paling penting, walaupun macam mana hebat seseorang designer, dia kena akur yang hasil akhirnya MESTI mengikut kehendak pelanggan.

Jadi, beginilah rupa design akhir kami.

Design yang lebih simple dan straightforward

Job done! Bila pulak nak masuk job lepas ni taktaulah.