DESIGN SEBELUM COVID-19

Tiada siapa yang jangka, seluruh dunia terpaksa ‘hadap’ situasi seperti sekarang – lockdown, kematian, kekalutan – kerana ianya berlaku dengan cukup pantas.

Termasuklah kami di sini.

Sampaikan, sebelum dikeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada beberapa projek design telah kami siapkan, menanti masa untuk diserah kepada pelanggan. Akhirnya projek-projek tersebut terpaksa kami ‘perap tanpa perencah’ di atas meja.

Salah satunya, kami paparkan di sini.

Design ini kami telah siapkan untuk seorang cikgu di sebuah sekolah. Tinggal nak print saja sebelum bermulanya PKP.

Apapun, sama-samalah kita berdoa kepada Allah Yang Maha Perkasa, agar segala ketidaktentuan dan kebimbangan ini tamat segera. Supaya kita boleh kembali hidup seperti sediakala.

Tamat.

Leave a Reply