DESIGN LOGO PIBG SK KUALA PERLIS

Beberapa minggu lepas, kami telah diminta untuk menghasilkan design logo untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Design logo berkenaan mestilah bersesuaian dengan tujuan dan maksud PIBG itu sendiri.

MISI MENCARI IDEA

Kemudian, kerja-kerja mencari idea telah kami lakukan. Dengan sedikit ‘study’ ke atas logo-logo PIBG yang sedia ada selain merujuk kepada tujuan dan maksud PIBG itu sendiri, akhirnya kami mendapat idea untuk design logo ini.

Design logo berkenaan mestilah bersesuaian dengan tujuan dan maksud PIBG itu sendiri.

Kerja-kerja design kemudiannya dijalankan. Kami telah mengambil masa lebih 3 jam untuk menghasilkan ‘final product’ yang akan dipersembahkan kepada pelanggan.

Beginilah rupa logo yang telah dipersetujui. Di bawah pula adalah rasional logo:

RASIONAL LOGO:
1. Tiga warna iaitu BIRU, MERAH dan KUNING diambil sempena warna logo sekolah.

2. Motif manusia membawa maksud ibubapa (biru), murid (merah) dan guru (kuning) iaitu tiga komponen utama sekolah.

Selain itu, susunan motif tersebut pula menggambarkan kerjasama IBUBAPA dan GURU dalam meningkatkan kecemerlangan MURID.

3. Motif ‘love/hati’ di tengah-tengah logo membawa maksud KASIH-SAYANG dan KERJASAMA antara tiga komponen ini (IBU, BAPA, MURID) yang menjadi faktor paling penting dalam menjayakan agenda pendidikan negara.