Kerja-kerja Design Untuk HAMAS 5.0

Ok, hari ni, kami nak berkongsi pula, ‘karya-karya’ design kami untuk Himpunan Anak Muda Istiqamah 5.0 (HAMAS5.0), Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

Programnya akan berlangsung sekitar bulan Mac nanti.

Perpaduan Islam-Melayu

Ok, tema programnya adalah ‘Demi Islam, Anak Melayu Bersatu.’

Jadi, benda pertama yang perlu kami buat adalah logo yang menepati konsep itu. Selepas dapat tema saja, satu benda yang berlegar-legar dalam kepala kami ialah tengkolok/tanjak dan khat.

Jadi, kami bercadang untuk merekabentuk logo yang mempunyai motif tanjak.

Selepas beberapa ketika, satu proposal design telah kami hantar kepada penganjur. Dan sepertimana yang kami sebut tadi, logo itu memiliki dua elemen tersebut – tanjak dan khat.

Turut ada dalam rekaan berkenaan ialah simbol bulan dan bintang menggambarkan ketuanan Islam-Melayu.

Lepas logo, apa pula?

Alhamdulillah, proposal berkenaan diterima. Jadi, kerja seterusnya adalah menghasilkan design poster-poster ‘teaser’ program. Di bawah kami kongsikan beberapa design yang telah kami hasilkan.

InsyaAllah ada banyak lagi benda (poster, banner, strimer dll…) yang nak kena design untuk HAMAS ni. Nanti akan kami updatekan di sini.